SINGAPURA terpilih sebagai negara yang paling sesuai untuk ekspatriat Asia untuk tahun ke-14 berturut-turut, menurut tinjauan oleh syarikat perundingan sumber manusia ECA International.
Menurut laporan The Straits Times, pengarah serantau Asia ECA International, Encik Lee Quane, berkata: "Beberapa faktor membuat Singapura lokasi yang paling sesuai, seperti prasarana bermutu yang mudah digunakan, kadar jenayah yang rendah, pendidikan dan penjagaan kesihatan yang...






