PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menghadiri majlis penghargaan Generasi Merdeka anjuran Pertubuhan Akar Umbi GRC Ang Mo Kio yang pertama hari ini (2 Jun).
Semasa berucap di acara itu, Encik Lee berkata warga Singapura daripada Generasi Merdeka telah menyumbang kepada sebahagian besar Kisah Singapura - daripada mengharungi krisis ekonomi kepada membangunkan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.





