SATU penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Sydney akibat gangguan yang disebabkan seorang penumpang semalam (21 Januari).
Penerbangan TR7 itu dijadual tiba di Singapura pada 3.15 petang semalam namun dilencongkan sekitar sejam setengah selepas ia berlepas dari Gold Coast.





