ORANG ramai yang ingin memulakan daya usaha bagi menggalak usaha kitar semula dan mengurangkan pembaziran boleh memanfaatkan satu dana bernilai $2 juta mulai Februari.
Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor, mengumumkan hari ini (22 Januari) bahawa dana itu boleh digunakan bagi projek yang khusus menyasarkan usaha tiada pembaziran, termasuk dari segi bungkusan, makanan serta...





