PRESIDEN Halimah Yacob berharap lebih ramai majikan dalam sektor yang pelbagai dapat memberikan peluang pekerjaan kepada individu yang mempunyai keperluan khas supaya terdapat pilihan pekerjaan lebih luas untuk mereka.
Ditemui media semasa kunjungan ke sekolah pendidikan khas, Sekolah Metta, di Simei semalam, Puan Halimah berkata peluang pekerjaan yang sering ditawarkan kepada individu keperluan khas biasanya berkaitan dengan memasak, membuat kuih...





