MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam melahirkan penghargaan ke atas beberapa pemimpin sempena lawatan kerjanya ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Menulis di Facebooknya, Encik Masagos mengucapkan terima kasih kepada Menteri bagi Perubahan Iklim dan Sekitaran UAE, Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi, yang mengundangnya menyertai 'Minggu Kemampanan Abu Dhabi'.





