PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura perlu mencari cara baru untuk membiayai perbelanjaan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat dalam tempoh pertengahan setelah perbelanjaan penjagaan kesihatan sudah pun melebihi $9 bilion.
Berkata demikian semasa pembukaan rasmi hospital baru terbesar Singapura, Hospital Besar Sengkang (SKH) dan Hospital Masyarakat Sengkang (SKCH) semalam, beliau berkata perbelanjaan itu sudah meningkat lebih pantas daripada Hasil...





