DUA warga Singapura - seorang bekas guru agama dan seorang pengikutnya - telah dikenakan Perintah Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana berpegang kepada pandangan radikal yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
Murad Mohd Said, 46 tahun seorang bekas guru agama bebas, dikenakan RO sejak 5 Disember 2018. Pentauliahannya di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) pula dibatalkan Majlis Ugama...





