Pertandingan menulis cerpen Mencari Kristal 2019 anjuran Berita Harian/ Berita Minggu dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) telah pun menemui pemenangnya. Pertandingan tahun ini membawa tema "Seram". Daripada lebih 70 cerpen yang dihantar di peringkat saringan, seramai 35 peserta yang menghasilkan karya terbaik dipilih mengikuti enam sesi bengkel yang mengetengahkan kepada mereka teknik penulisan dan pemasaran karya sastera terkini. Daripada...





