COLOMBO: Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh apabila pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka tatkala dikepung pasukan keselamatan di bahagian timur Sri Lanka, menurut polis hari ini (27 April).
Pasukan keselamatan Sri Lanka berbalas-balas tembakan dengan militan yang disyaki mempunyai kaitan dengan ISIS dan membunuh sekurang-kurangnya empat daripada mereka di bahagian timur negara itu.





