POLIS Taiwan mengesahkan hari ini (4 Mac) bahawa sampel darah yang diambil dari bilik hotel seorang wanita Singapura, yang didakwa membuang bayi yang baru dilahirkannya, memadani DNA bayi perempuan itu.
Ini menyusuli satu siasatan yang dilancarkan pihak berkuasa berhubung pasangan Singapura yang disyaki membungkus bayi itu dalam beg plastik hitam dan membuangnya dalam tong kitar semula makanan di Taipei.





