KELAB Liga Perdana Singapura (SPL) Hougang United telah membuat laporan polis terhadap seorang kakitangan mereka berhubung dana berjumlah $250,000 yang lesap daripada operasi clubhouse mereka.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah dimaklumkan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.





