GARA-GARA berkelahi, seorang pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat kelmarin (21 Februari) ditangkap polis, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).
Menurut polis, mereka dimaklumkan mengenai satu kejadian sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di kampus di Choa Chu Kang Grove itu pada 1.57 petang.





