Dianggap model bagi perumahan awam di sini pada masa depan, Kampung Admiralty diiktiraf Anugerah Bangunan Terbaik di Festival Seni Bina Dunia baru-baru ini. Anugerah seni bina berprestij itu ibarat anugerah Oscar dalam dunia seni bina. Perkampungan persaraan bersepadu di Woodlands itu juga merupakan contoh bagi usaha pemerintah memperbaiki kehidupan melalui pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan. Kompleks setinggi 11 tingkat yang...





