SERAMAI tujuh warga Singapura ditangkap dan dadah bernilai sekitar $280,000 dirampas hasil satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) pagi semalam (24 Ogos).
Menerusi satu kenyataan hari ini, CNB berkata pegawainya dikerah untuk memantau tempat persembunyian seorang suspek pengedar dadah di sekitar Woodlands Crescent.





