Di tengah-tengah semangat padu setia nyanyikan 'Majulah Singapura' yang syahdu setiap kata bergema mengelus kalbu terkibar megah panji gemilang dipacakkan di puncak bukit bangsa terbilang marilah kita juga jangan jenuh terus melukis bersama di kanvas kehidupan pelbagai bangsa dan agama keluarga raya tercinta dalam bentuk seluruh watan barulah sempurna bulat sebuah impian berulit harapan nenek moyang sebuah negara bernama Singapura...






