SERAMAI 108 suspek pesalah dadah ditangkap hasil satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) di seluruh negara yang berakhir pagi tadi (12 Oktober).
CNB merampas 2,163 gram heroin, 44 gram Ice, 13 gram kanabis, 19 pil Erimin-5, 10 pil Ecstasy dan 468 gram Bahan Psikoaktif Baru (NPS) daripada operasi selama empat hari itu, kata CNB menerusi dalam satu kenyataan haru ini.





