Enam penjual tembakau yang menjual rokok kepada pembeli berusia bawah 18 tahun telah dilarang menjual produk tembakau selama enam bulan, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam kenyataannya pada Rabu (10 Oktober).
Penggantungan itu berkuatkuasa antara Julai dengan September tahun ini. Antara kedai yang terjejas ialah cawangan 7-Eleven di 639 Punggol Drive dan 319A Anchorvale Drive.





