Tiga lelaki ditangkap dan diberikan amaran keras kerana menerbangkan pesawat tanpa pemandu di kawasan larangan dan kawasan 'acara khas', kata polis dalam kenyataannya pada Sabtu (6 Oktober).
Menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pesawat tanpa pemandu itu juga dikenali sebagai dron dan dikendalikan tanpa juruterbang di dalamnya.





