KINSHASA : Penularan terbaru virus Ebola di timur Republik Demokratik Congo (DRC) dipercayai telah meragut 33 nyawa.
Kementerian Kesihatan dalam buletin semalam berkata, 13 kes terbaru virus maut itu dikesan sejak penularan wabak berkenaan diisytiharkan pihak berkuasa pada 1 Ogos lalu di wilayah Utara Kivu.





