PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017 dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.
Keputusan itu dibuat pada 23 Julai oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Datuk Azmi Ariffin, selepas...





