KURANG sebulan selepas mengambil seorang anak angkat lelaki, bekas pelakon dan penyanyi anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, mengambil pula seorang anak angkat perempuan.
Mengumumkan demikian menerusi kiriman di Instagram awal minggu ini, Abby berkata bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh dan bayi perempuan bernama Maisara Dayana Fathia itu adalah "kembar tak seiras" dan "kembar tak sebulan".





