MANIK-MANIK bertaburan di lantai auditorium Masjid Al-Islah sambil keriangan jelas terpampang di wajah kanak-kanak yang ghairah menghasilkan kraf tangan masing-masing dalam bentuk magnet.
Sekitar 100 peserta yang terdiri daripada pelajar dan asatizah program aLIVE serta kanak-kanak daripada Kelab Rainbow Singapura terlibat dalam satu bengkel mereka dan menghasilkan magnet di Masjid Al-Islah di Punggol Field pagi tadi (29 Julai).





