RATUSAN orang berkumpul di Marina South Pier awal pagi tadi (28 Julai) untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang paling lama abad ini.
Menerusi satu acara masyarakat yang dianjurkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan kumpulan kaji bintang setempat SingAstro, orang awam diundang menyaksikan fenomena itu di taman atas bumbung Marina South Pier sepanjang malam.





