KUALA LUMPUR: Penggelapan wang dan rasuah menggunakan wang kerajaan merupakan antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini menyusuli siasatan ke atas wang yang didakwa diselewengkan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini (19 Jun).





