SEORANG pemandu treler berusia 28 tahun ditangkap kelmarin setelah didapati melanggar dua budak perempuan ketika mereka sedang menyeberang jalan di Woodlands.
Polis berkata, mereka diberitahu mengenai kemalangan tersebut yang berlaku di persimpangan Admiralty Road dan Marsiling Drive sekitar 5 petang.





