BRUSSELS: Bintang penyerang Belgium Romelu Lukaku menjaringkan dua gol manakala tunggak midfield Eden Hazard menunjukkan prestasi cemerlang bagi membantu negara itu melengkapkan persiapan menghadapi Piala Dunia dengan kemenangan penuh meyakinkan 4-1 ke atas Costa Rica kelmarin.
Turut menemui sasaran bagi Belgium ialah Dries Mertens dan Michy Batshuayi selepas pasukan pelawat mencatatkan kejutan membuka tirai jaringan melalui kaptennya, Bryan Ruiz.





