PENDUDUK Sembawang bakal menikmati hab masyarakat baru yang merangkumi poliklinik, pusat penjaja dan prasarana sukan tidak lama lagi, menurut Anggota Parlimen GRC Sembawang Lim Wee Kiak hari ini.
Kerja-kerja pembangunan hab tersebut, yang akan dibina berdekatan stesen MRT Sembawang, akan bermula separuh kedua tahun ini dan mengambil masa selama tiga tahun.





