ZURICH (Switzerland): Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kelmarin menegaskan bahawa pengadil-pengadilnya telah diberikan 'kuasa' untuk menghentikan perlawanan di Piala Dunia Russia yang bermula minggu depan sekiranya terdapatnya insiden diskriminasi yang berterusan di kalangan penyokong.
Russia sebelum ini berikrar akan mengambil tindakan tegas sedang negara tuan rumah itu kian merasakan 'bahang' beberapa kes berbaur perkauman yang mendapat tumpuan meluas menjelang...






