ERA selanjutnya dalam bola sepak setempat bermula hari ini, dengan Liga Perdana Singapura, yang menekankan usaha memupuk bakat baru, membuka tirai.
Liga Perdana Singapura, atau SPL, menguburkan ke lubuk kenangan Liga S yang bermula dengan penuh gah pada 1996, tetapi, dirundung masalah jangka panjang seperti kurang pemain, kurang peminat dan kurang pendanaan, melabuh tirai dengan hambar tahun lalu.





