SEORANG lelaki warga Singapura yang berusia 55 tahun cedera teruk apabila keretanya terbabas ke sebuah pagar di sebuah monumen di Phuket, Thailand, menurut The Phuket Gazette.
Menurut akhbar The Straits Times yang menukil laporan tersebut, Encik Ang Koh Lin yang memandu sebuah kereta Toyota Fortuner berwarna putih melanggar pagar besi dekat Monumen Dua Wirawati di Phuket kelmarin (1 Feb).






