MENTERI Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, berkata catatan yang dimuat naiknya ke Facebook minggu lalu tentang pentingnya memilih perdana menteri seterusnya Singapura merupakan satu langkah sengaja yang bertujuan mendapatkan respons daripada pucuk pimpinan generasi keempat (4G) negara ini.
"Selepas berjaya mencapai tujuan saya, saya tidak akan mengambil langkah seterusnya," kata Encik Goh semalam (6 Januari).






