Berbekalkan misi 'Enggan hidup segan, mati tak mahu', Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) mengorak langkah terus kekal relevan dalam membangun semangat pelukis Melayu di Singapura. Antara yang giat dilakukan tahun ini adalah 'memancing' minat lebih ramai pelukis muda dan membuka peluang bagi golongan bukan anggota mempamerkan lukisan mereka. Pelukis mapan yang menggerakkan Apad turut mendekati pelukis muda agar mereka dapat...






