PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan amaran tegas kepada mereka yang mahu melabur supaya bertindak dengan sangat berhati-hati dan memahami risiko apabila memilih mahu melabur dalam mata wang kripto.
"MAS amat prihatin orang awam mungkin tertarik mahu melabur dalam mata wang kripto seperti bitcoin kerana harganya yang melambung baru-baru ini," ujar kenyataan MAS.






