KECEMERLANGAN sumbangan sasterawan Encik Djamal Tukimin selama 54 tahun diiktiraf dengan Pingat Budaya, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), yang disampaikan Presiden Halimah Yacob di Istana kelmarin.
Encik Djamal, 71 tahun, yang gigih menulis cerpen, novel, puisi, esei kritikan teater dan naskhah pentas, juga dikenali sebagai pengarkib bahan bersejarah tentang Dunia Melayu dan Islam.






