PERJALANAN antara stesen MRT Redhill dengan Enabling Village - pusat khas bagi golongan berkeperluan khas - diharap menjadi lebih selesa bagi golongan ini, melalui projek rintis yang diusahakan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan SG Enable di sana.
Laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 400 meter antara kededua tempat itu kini diwarnai dengan dua jalur kuning - bagi membantu pengguna rabun...






