MUNICH: Saudia Group menandatangani perjanjian dengan syarikat Lilium pada 18 Julai untuk membeli 100 jet elektrik yang bakal digunakan sebagai teksi udara, termasuk untuk jemaah, kata syarikat berpangkalan di Jerman itu.
Ini tempahan terbesar diterima syarikat Lilium sedang ia berusaha membangun pesawat elektrik yang Berlepas dan Mendarat Secara Menegak (eVTOL) itu.





