Si anak bilis mula mengerti Saat hormat terakhir sayu diberi Dikau pencetus perpaduan harmoni Si ikan bilis mula menyedari Bakti semalam kekal terpateri Pejuang perpaduan padu sepakat Berbilang bangsa jitu muafakat Menghulur bakti kata sepakat Bagai cap mohor teguh terpahat Menyemai jati pupuk masyarakat Jasamu dikenang sepanjang hayat Dalam ketegasan rupanya berbakat Engkau menteri berjiwa seni Tajam penamu memberi erti...






