Perangkaan Biro Narkotik Pusat (CNB) menunjukkan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas semakin meningkat di kalangan orang muda dengan majoriti penagih baru berusia di bawah 30 tahun. Satu tinjauan mengenai Tanggapan Belia dan Awam pula menunjukkan semakin banyak orang muda memaparkan sikap lebih liberal terhadap dadah. Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada), Encik Hawazi Daipi, mengongsi pendekatan menangani perkembangan itu.





