MASYARAKAT minoriti Melayu dan India di Singapura boleh hidup selesa tanpa bimbang dijadikan mangsa diskriminasi, keadaan yang tidak semestinya dinikmati masyarakat minoriti di negara-negara lain, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.
Menurutnya, keadaan tersebut hasil dua perkara - pertama, hubungan harmoni antara kaum di sini yang dibina dengan titik peluh sepanjang berdekad lalu dan kedua, undang-undang tegas.






