SEORANG waris keluarga yang mengasaskan gergasi runcit Metro Holdings diheret ke mahkamah pada pagi Jumaat (3 Feb) untuk menghadapi tuduhan berkaitan dadah.
Ong Jenn, cucu pengasas Metro Ong Tjoe Kim dan anak mantan pengarah urusan kumpulannya Jopie Ong, diwakili Peguam Kanan Tan Chee Meng.





