LOS ANGELES: Pelakon yang juga pejuang hak asasi manusia, Angelina Jolie, berkata pada Khamis (2 Feb) arahan eksekutif Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang menyekat pelancong dari tujuh negara majoriti Islam menyinggung pelarian terdedah dan boleh mencetuskan ekstremisme.
Tanpa menyebut Encik Trump secara langsung, pelakon itu, yang berkhidmat sebagai duta khas Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian PBB (UNHCR), berkata...





