SEBUAH topi keledar basikal pintar ciptaan seorang warga Singapura memenangi sebuah anugerah reka bentuk antarabangsa berprestij di Britain.
Alat itu, yang dipasang lampu LED yang secara automatik menyala apabila penunggang brek atau beluk, memenangi kategori pengangkutan edisi 2016 Reka Bentuk Terbaik Tahun Ini Beazley, sebuah pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Muzium Reka Bentuk di London.





