Satu kawasan di Paya Simpanan Sungei Buloh telah dikepung agar tidak dikunjungi orang ramai, selepas lima orang dikejarkan ke hospital akibat disengat sekawan tebuan pada 14 Julai.
Pengarah Kumpulan Pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Lim Liang Jim, berkata agensi tersebut akan meninjau tapak serangan tebuan itu – di sepanjang denai burung migrasi berhampiran Platform 1, untuk mencari sarang tebuan...





