KUALA NERUS (Terengganu): Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,414 naskhah dan bahan Al-Quran tanpa kelulusan di seluruh Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2024, membabitkan nilai rampasan lebih RM3.2 juta ($920,000).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rampasan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan menerusi operasi bermula Januari 2024 itu membabitkan naskhah dan bahan Al-Quran yang dibawa masuk...





