HUJAN berguruh yang dialami sepanjang beberapa hari lepas dijangka berterusan pada Jumaat (28 Okt) pada lewat pagi dan awal petang.
Malah, keadaan basah dijangka berterusan hingga akhir bulan ini, dengan lebih banyak hujan sebelum subuh dan pada pagi, menurut Perkhidmatan Kajicuaca Singapura (MSS).





