SEORANG warga emas yang rebah dan dibantu penganut Hindu yang sedang menuju ke sebuah upacara jalan atas api di Serangoon Road Ahad (23 Okt) lalu telah meninggal dunia.
Encik Ong Peck Hock, 68 tahun, seorang pesara, meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng pada hari itu, kata isterinya, Cik Bessie Ong, 60 tahun, seorang jurutrengkas.





