RIO DE JANEIRO: Usain Bolt memasuki peringkat akhir acara lari 200m Sukan Olimpik Rio 2016 pada Khamis (18 Ogos waktu Brazil) selepas menang dalam separuh akhir, tetapi pesaingnya dari America Syarikat, Justin Gatlin, gagal melayakkan diri.
Gatlin, yang telah menjalani dua tempoh pengharaman kerana dadah, hanya menduduki tempat ketiga dengan masa 20.13 saat dan kehilangan salah satu daripada lapan tempat...






