KHIDMAT pesawat tambang murah, Scoot, kini menawarkan khidmat penerbangan ke Athens, Greece, bermula 20 Jun tahun depan.
Ini merupakan jarak penerbangan paling jauh merentasi Asia Pasifik dan Eropah yang ditawarkan Scoot dan adalah langkah pertama syarikat itu menawarkan khidmat penerbangan ke benua tersebut, umum Scoot hari ini.





