FUJIAN: Seorang lelaki di China terpaksa diselamatkan oleh enam anggota bomba selepas kepalanya terperangkap dalam sebuah mesin basuh, lapor akhbar South China Morning Post.
Menurut laporan di laman web berita Cina, lelaki itu memasukkan kepalanya ke dalam mesin basuh tersebut untuk memeriksa drum pengeringan, kerana dia mengesyaki sesuatu tersangkut di bahagian bawahnya.





